
PENGENALAN
peribadi untuk pengguna media sosial yang menyukai sesuatu yang percuma dan inginkan wang tambahan setiap bulan. Dulu dikenali sebagai Says sebelum ditukar kepada 8Share pada tahun 2013. 8Share tidak memerlukan sebarang modal dan konsepnya hanya beriklan atau menyebarkan "Special" atau iklan yang disediakan di Twitter, Facebook, Blog dan sebagainya. Setiap klik yang diterima, anda akan memperoleh RM0.20 (bergantung kepada nilai klik setiap special) dan maksima RM10.00 untuk setiap "Special". Soalan yang kerap ditanya, bagaimana 8share dapat membayar ahli-ahlinya sedangkan ahli tidak perlu membayar apa-apa? 8Share memperoleh keuntungan daripada syarikat-syarikat besar seperti Nestle, Celcom, Maxis, Samsung dan lain- lain yang menggunakan 8Share untuk pengiklanan dan tugas ahli-ahlinya adalah menyebarkan iklan-iklan mereka. Dengan itu pihak 8Share serta ahli-ahlinya akan dapat merasai keuntungan masing-masing.
Terdapat 2 jenis ganjaran yang diberikan iaitu "Special" dan Bonus Point (BP). Special adalah iklan yang ganjarannya ialah wang manakala Bonus Point atau dikenali sebagai mata perolehan adalah iklan juga tetapi ganjarannya ialah barangan yang disediakan oleh 8Share dan boleh ditebus seperti t-shirt, cawan dan sticker. Ahli haruslah mengisi butiran yang betul agar tidak berlaku masalah untuk pihak 8Share membayar duit anda. Ahli perlu mengumpul sekurang-kurang RM50.00 dan maksima RM500.00 untuk "CASH OUT" ke bank ahli. Cash out akan diproses 2 kali sebulan iaitu hari isnin setiap minggu pertama dan ketiga. Oleh itu, ahli perlu beringat untuk cashout sebelum tarikh tersebut.
RINGKASAN
Modal: RM0.00
Konsep : Menyebarkan iklan yang telah disediakan
Ganjaran : Wang tunai (Cashout melalui bank)
Website: http://8share.com
BUKTI PEMBAYARAN
PANDUAN MENDAFTAR
1) Pertama sekali mestilah mendaftar sebagai ahli. Daftar di website 8share . Klik button dibawah untuk mendaftar dan selepas itu isi butiran lengkap diri anda.
2) Selepas daftar, emel pengaktifan akaun akan dihantar di inbox emel anda dan aktifkannya.
3) Anda akan dibawa ke halaman "Specials" dan anda kini boleh mula beriklan. Klik mana-mana iklan yang ada lampu hijau. (Lihat gambar dibawah)
4) Scroll kebawah, pilih sama ada anda ingin beriklan di facebook, twitter atau googleplus. (Lihat gambar dibawah)
5) Halaman baru akan dibuka dan klik Share. (Lihat gambar dibawah)
6) Pastikan kawan-kawan anda klik iklan anda dan setiap klik anda akan peroleh RM0.20 dan rajin-rajinkanlah check di dashboard untuk mengetahui jumlah pendapatan anda. Pendapatan akan di update sejam sekali. (Lihat gambar dibawah)
7) Selesai :)
Jika Blog ini membantu, tinggalkan Komen anda dibawah. :)
0 comments:
Post a Comment